Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hentikan Polemik Bahasa Kebangsaan...

1. KEPUTUSAN muktamad kabinet dalam memutuskan kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu...

10 Projek Mega Mahathir...

RAMAI tidak tahu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak...

Pengakuan Anak Bongsu Keluarga...

TIADA siapa dapat membayangkan betapa takutnya perasaan seorang kanak-kanak apabila terpaksa menyaksikan seluruh ahli keluarganya dibunuh...

Pemandu Lori Lari Sekatan...

KAJANG — Seorang pemandu lori yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dari Kajang...

TMJ “Walk The Talk”, Cakap Dan Buat

“Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami jadi terlalu selesa, terlalu yakin dan tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Selepas apa yang terjadi kami akan mula berbelanja semula”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu antara intipati kenyataan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas pasukannya tewas dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 pada Disember tahun lalu.

Kini selepas lebih setengah tahun Liga Malaysia 2022 berlangsung terbukti apa yang dikatakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu bukan omongan kosong – Ini yang orang Melayu katakan “walk the talk”

Tunku Ismail membawa masuk pemain antarabangsa Fernando Martin Forestieri yang pernah beraksi untuk Sheffield Wednesday, Watford, Udinese, Siena dan beberapa kelab terkemuka lain.

Begitu juga mengambil pemain kelahiran Mali, Moussa Sidibe selain Bienvenido Maranon dan Carli de Murga serta bekas tonggak Espanyol, Rayo Vallecano, Real Betis dan Swansea City iaitu Jordi Amat.

Setakat ini JDT terus mendahului carta Liga Super dengan rekod bersih tanpa kalah sejak kejuaraan musim 2022 bermula dan dengan bergaya JDT mara ke peringkat suku akhir Piala FA.


“Ada hikmah disebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah S.W.T tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya,” kata Tunku Ismail tahun lalu.

Apapun pemilik kelab bola sepak itu telah membuktikan “passionate” dan kasih sangat mendalam terhadap JDT. Tunku Ismail sanggup berbelanja lebih demi memastikan pasukan membawa nama Johor itu terus gemilang.

Untuk siapa? Tentunya untuk jutaan penyokong JDT di. Pernahkah kita menyaksikan cinta yang begitu mendalam oleh mana-mana pemilik atau pengurusan pasukan bola sepak dalam Malaysia seperti itu?

Jadi seharusnya seluruh penyokong Harimau Selatan berbangga dan menunjukkan “passionate” yang sama terhadap pasukan mereka. Menyokong tanpa belah bahagi terhadap pasukan JDT.

Hadir ke setiap perlawanan melibatkan JDT dan memenuhi Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bagi menunjukkan cinta dan penghargaan terhadap segala pengorbanan TUnku Ismail untuk mereka.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori