Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: BN Tanding 11...

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) mengumumkan bakal bertanding di 11 kerusi parlimen...

Terengganu Umum Cuti Peristiwa...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini mengumumkan 10 Julai ini sebagai cuti...

Aliran FDI Ke ASEAN...

KUALA LUMPUR – Aliran pelaburan langsung asing (FDI) ke ASEAN terus meningkat pada...

“Kita Belum Menang, Tetapi...

PUTRAJAYA - “Kita belum memenangi peperangan ini, namun kita juga tidak kalah.”Tampil yakin...

Tok Mat Nafi Kata Najib Patut Masuk Penjara

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menafikan laporan mengatakan beliau percaya bekas perdana menteri Najib Razak sepatutnya dipenjarakan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Merujuk laporan Asia Times yang memetiknya, Mohamad berkata, beliau ditanya berhubung kes Najib, bagaimanapun kenyataannya diambil di luar konteks.

“Apa yang saya katakan adalah Najib mesti mendapat perbicaraan adil. Sekiranya, beliau didapati bersalah, barulah beliau kena berdepan hukuman, tapi seperti kita tahu, kesnya belum lagi berakhir, sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. Tapi, beliau mesti mendapat perbicaraan adil,” katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kepada FMT.

Mohamad berkata, dalam wawancara bersama Asia Times, beliau juga menggariskan bagaimana kebangkitan Najib dikaitkan dengan persepsi awam berhubung “pendakwaan terpilih”.

“Jadi, sekiranya saya percaya Najib tidak mendapat perbicaraan adil, bagaimana boleh saya katakan beliau patut masuk penjara. Ia tidak masuk akal.”

Najib memfailkan permohonan memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa dirinya dinafikan mendapat perbicaraan adil merujuk kepada Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa mempunyai konflik berkepentingan memandangkan peranannya sebagai peguam am dan setiausaha syarikat dalam Kumpulan Maybank.


Nazlan merupakan hakim perbicaraan yang mensabitkan Najib apabila kes SRC International didengar di Mahkamah Tinggi.

Dalam permohonannnya di Mahkamah Persekutuan, Najib berhujah ketika Nazlan berada bersama Maybank antara 2006 hingga 2015 bermaksud beliau terbabit atau mempunyai pengetahuan bank berkenaan dalam menubuhkan SRC International, anak syarikat 1MDB.

Pihak pendakwaan berkata, peranan Nazlan dalam Maybank tidak relevan dalam kes SRC International.

Najib disabitkan atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan RM42 juta milik SRC International.

FreeMalaysiaToday-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori