Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Duit RM114...

Dari Facebook Najib Razak"HAKIM Muhammad Jamil Hussin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal...

Polis Hadiah Kasut Kepada...

WASHINGTON – Tindakan dua anggota polis yang menghadiahkan sepasang kasut kepada seorang budak...

Penoreh Getah Maut Dibelasah...

SIK - Seorang penoreh getah maut selepas dibelasah dalam kejadian yang berlaku kira-kira...

Op Larangan Merokok: 172...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan 172 notis kesalahan merokok dengan kompaun...

Tugas Pembangkang Cetuskan “Sadness” Rakyat

“Happiness” dalam bahasa Melayu adalah kebahagian. Lawan kata “happiness” iaitu “sadness” dalam bahasa Melayu bermaksud kedukaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Manusia mengejar kebahagian dalam hidup dalam Inggeris disebut “pursuit of happiness”. Tiada manusia mahu “pursuit of sadness”

“Sadness” melemahkan jiwa. Tiada siapa mahukan kedukaan. “Sadness” membawa kepada kekecewaan dan seterusnya kemarahan.

Kerana itu sesebuah kerajaan jika tidak mahu rakyat marah kepada mereka wajib memastikan “happiness” dalam jiwa rakyat.

“Happiness” bukan semata-mata tentang apa yang diberi, tetapi persepsi juga amat penting untuk memastikan tiada “sadness” yang bukan-bukan

Sebab itu kita melihat pembangkang sedang berusaha gigih menanam “sadness” dalam hati masyarakat Malaysia menjelang PRU-15.

Mengadakan tunjuk perasaan tentang kenaikan harga barang sedangkan mereka tahu keadaan adalah sama di kebanyakan negara dunia.

Lebih RM70 bilion subsidi diperuntukkan kerajaan untuk berusaha menstabilkan harga barang mereka tidak peduli demi persepsi “sadness”

*Happiness” bertambah terhakis apabila berlaku perihal lain yang boleh menyumbang kepada persepsi “sadness”

Sekumpulan kakitangan sebuah entiti berkait kerajaan mengadakan demonstrasi menuntut kenaikan gaji.


Seorang ahli perniagaan yang juga pemilik pasukan bola sepak mengeluh tidak dapat jual tiket stadium murah kerana tiada dana dari menteri.

Namun agak kurang rasional apabila perniagaan bola sepak miliknya tidak jual tiket stadium pada harga rendah kerana menteri tidak beri dana.

Dia yang menguruskan pasukannya. Untung rugi adalah miliknya. Tiba-tiba menunding jari pada menteri yang tiada kaitan dalam perniagaannya.

Seorang artis membantah konsert percuma diberi oleh pemerintah untuk rakyat kerana didakwa menghilangkan nilai seseorang artis.

Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan mendakwa diserang setelah melaporkan penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM.

Semua perihal itu bakal mencetuskan “sadness” dan rasa gusar dalam jiwa rakyat sekali gus mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Lebih malang persepsi “sadness” dihalakan kepada Barisan Nasional (BN) semata-mata walaupun kerajaan sedia ada adalah kerajaan campuran.

Sebab itu ramai berpandangan PRU-15 segera adalah jalan selamat buat BN, manakala lewat ia diadakan sangat bermanfaat untuk pembangkang.

Kelewatan memberi masa secukupnya kepada pembangkang untuk menghapuskan persepsi “happiness” dan mencetuskan persepsi “sadness”

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori