Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kempen Keganasan Daesh Kekal...

SEMBILAN percubaan pengganas Islamic State (IS) atau Daesh menjadikan negara ini sebagai sasaran serangan...

Kes Rayuan Liwat: Mahkamah...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan harus melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada...

2 Maut Kemalangan 5...

KUCHING - Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori, van, dua...

Tonton Video Lucah, Lelaki...

SEORANG lelaki dihalau keluar dari sebuah bas apabila dia telah mengganggu ketenteraman penumpang...

Ukraine Dakwa 345 Kanak-kanak Maut Akibat Peperangan

KYIV: Sekurang-kurangnya 345 kanak-kanak maut manakala 644 lagi cedera akibat pencerobohan Russia di Ukraine.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Al Jazeera, perkara itu dimaklumkan oleh pejabat pendakwa raya Ukraine dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, kebanyakan kematian atau kecederaan berlaku di wilayah Donetsk iaitu sebanyak 345 kes, diikuti dengan Kharkiv (185), Kyiv (116), Chernihiv (68) dan Luhansk (61).

Wilayah Mykolaiv melaporkan 53 kes kematian atau kecederaan kanak-kanak manakala Kherson serta Zaporizhia masing-masing merekodkan sebanyak 52 dan 31 kes.

Bagaimanapun, pejabat pendakwa raya memaklumkan angka tersebut belum muktamad lagi.

“Kerja masih dijalankan untuk mendapatkan jumlah kes di beberapa lokasi pertempuran aktif, kawasan diduduki sementara dan wilayah dibebaskan oleh Ukraine,” jelasnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Mykolaiv, Oleksandr Senkevich berkata, peluru berpandu Russia melanda bandar pelabuhan di Laut Hitam.


Katanya, siren serangan udara diaktifkan di seluruh bandar tersebut.

“Pada waktu pagi, tentera Russia menembak roket ke arah Mykolaiv.

“Pasukan penyelamat, perubatan, kru kecemasan dan pekerja utiliti kini sedang berada di lapangan,” katanya.

Serangan peluru berpandu melanda Mykolaiv sejak beberapa hari lalu.

Pada Jun lalu, pihak berkuasa berkata, serangan ke atas bangunan kediaman mengorbankan enam orang dan mencederakan sekurang-kurangnya enam lagi.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori