Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Gempur Rumah Transit...

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di...

Biar Tak Cantik Tapi...

RAMAI wanita di luar sana taasub untuk memiliki kulit putih sehingga ramai beranggapan...

Hampir 1.5 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ketika ini telah menerima...

Isu Perampas: Ayda Jebat...

PERGH.. ini pengakuan berani mati Ayda Jebat terhadap hero gandingannya dalam drama bersiri...

UMNO Ada Pelan B Jika ROS Tak Lulus Pindaan Perlembagaan

Umno mempunyai dua pilihan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pindaan perlembagaannya untuk menangguhkan pemilihan parti, kata setiausaha agung Ahmad Maslan, yang mendedahkan bahawa ia turut mempunyai perancangan lain atau Pelan B.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pilihan lain ialah mengadakan pemilihan parti seperti yang ditetapkan, iaitu menjelang Disember tahun ini.

Ahmad bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenai Pelan B itu.

“Umno ada Pelan B, namun jika tak mahu Pelan B, maka kita akan buat pemilihan parti sebelum 29 Disember ini.

“Bagaimanapun, kita ingin laksanakan Pelan B jika ROS tak lulus permohonan pindaan perlembagaan berbanding membuat pemilihan.

“Apakah Pelan B itu, kena tunggulah nanti. Umno sebenarnya tak mahu buat Pelan B itu,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online, hari ini. .


Tempoh tiga tahun kepimpinan Umno sekarang sepatutnya berakhir pada 30 Jun tahun lalu. Bagaimanapun, perlembagaan parti membenarkan pemilihan ditangguhkan selama setahun setengah, dengan MKT bersetuju untuk menangguhkan pemilihan sehingga Disember 2022.

Pada 15 Mei lalu, mesyuarat agung luar biasa, atau EGM Umno sebulat suara meluluskan pindaan kepada perlembagaan parti untuk membenarkan pemilihan parti ditangguhkan sehingga enam bulan selepas pilihan raya umum.

Walaupun perwakilan parti telah meluluskan pindaan itu, Umno masih perlu mendapatkan kelulusan ROS.

“Kita harap ROS luluskan permohonan kita kerana tak ada sebab ia tidak dilulus kerana ia sama dengan apa yang dilakukan MCA dan sudah diluluskan,” kata Ahmad.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori