PONTIAN: UMNO Johor akan bertanding di 17 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, tambahan kerusi tersebut termasuk kerusi Parlimen Simpang Renggam.
Menurut beliau, sebelum ini UMNO bertanding di 16 kerusi, diikuti MCA dengan lapan kerusi serta Gerakan dan MIC masing-masing satu kerusi
Bagaimanapun. Kata beliau, memandangkan Gerakan kini bukan lagi parti komponen Barisan Nasional (BN), UMNO wajar diberi peluang bertanding di kerusi tersebut.
“Insya-Allah UMNO akan mengisi kekosongan ditinggalkan Gerakan sebagai calon pada PRU15,” katanya selepas Majlis Penyampaian Daging Korban UMNO Bahagian Pontian, di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Simpang Renggam sebelum ini ditandingi oleh calon Gerakan, Liang Teck Meng yang tewas kepada Dr. Mazlee Malik yang mewakili Bersatu ketika itu.
Bagaimanapun, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor berkata, perkara itu belum diputuskan oleh BN Pusat.
“Perkara ini akan dihalusi sepenuh bagi membolehkan BN memenangi kerusi-kerusi yang akan ditandingi, ‘ ujarnya.
Mengenai Muafakat Nasional (MN), beliau menyerahkan kepada UMNO Pusat untuk membuat keputusan.
“Kita pun tidak yakin Pas Johor akan membuat keputusan untuk menarik diri daripada MN,” katanya.
UtusanOnline-