Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

195,923 Individu Divaksin Setakat...

KUALA LUMPUR - Seramai 195,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

Pelajar Teruja Bangun Awal...

SETIU - Teruja ingin melihat fenomena gerhana matahari separa, penuntut Universiti Sultan Zainal...

Ibu, Bapa Tiri, Bapa...

MERSING - Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah...

Avril Lavigne Sudah Meninggal...

BENARKAH penyanyi Avril Lavigne telah meninggal dunia pada 2003 dan dia digantikan dengan...

Undang-Undang Anti Lompat Parti Dilaksana Hujung September

SHAH ALAM – Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka mula dilaksanakan menjelang penghujung bulan September tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Memetik laporan daripada The Borneo Post, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Undang-Undang Anti Lompat Parti itu akan diwartakan pada tempoh tersebut dan Rang Undang-Undang (RUU) bagi akta terbabit sedia dibentangkan pada hari pertama persidangan Parlimen pada 18 Julai ini.

“Undang-undang itu sedia untuk dibentangkan. Saya mempunyai jadual garis masa (berhubung perkara itu) dan ia akan dibentang pada 18 Julai ini,” katanya kepada media terbabit pada Sabtu.


Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, beliau akan memberi masa kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengkaji versi RUU berkenaan termasuk skop dan parameternya.

Menurutnya, beliau bersedia untuk membahaskan mengenai RUU tersebut dan yakin bahawa perbahasan itu akan dibahaskan dengan jayanya serta diluluskan di Dewan Rakyat.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori