PETALING JAYA : ‘Next step, tunggulah hingga next step itu sampai.’
Ikuti Mynewshub: Telegram
Itu reaksi Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung spekulasi namanya dicadangkan sebagai menteri selepas tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jelas Wan Saiful, kontraknya sebagai pengerusi perbadanan itu tamat pada 17 Jun lalu.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kedudukan Wan Saiful menjadi tanda tanya susulan semakan di laman web rasmi PTPTN sejak seminggu lalu mendapati, jawatan pengerusi yang disandang itu dikosongkan.
Wan Saiful sebelum ini antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin mengisi kerusi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Zuraida meninggalkan Bersatu.
Bersatu berpandangan kedudukan Ahli Parlimen Ampang sebagai menteri patut diganti kerana jawatan menteri tersebut didakwa kuota parti berkenaan.
-Utusan Online