Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Anis Al Idrus Bakal...

MODEL, pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus, 29, bakal mengumumkan tarikh pernikahannya pada...

Jauhi Rasuah, Bantu Jayakan...

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan penjawat awam supaya...

Malaysia-Amerika Bekerjasama Untuk Berkas...

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Amerika Syarikat akan bekerjasama dalam usaha untuk memberkas...

Indeks Harga Pengguna Julai...

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.4 peratus pada Julai 2019...

WHO Gesa Laksana Kembali Sekatan Kesihatan Covid-19

GENEVA, SWITZERLAND  – Ke­tua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup mula dan penjarakan fizikal susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang berucap pada sesi taklimat mingguan WHO berkata, Covid-19 masih berada di sekeli­ling manusia dan kebanyakan negara tidak menguruskan wabak koronavirus secara berkesan, demikian menurut laman berita RT.

Pada minggu lalu WHO merumuskan bahawa koronavirus kekal menjadi ‘ancaman kesihatan awam di peringkat antarabangsa’. Tegas Tedros, pandemik Covid-19 jauh sekali daripada ­berakhir.

Pada minggu antara 4 hingga 10 Julai lalu, lebih 5.7 juta kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia, meningkat enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

Angka kematian bagaimanapun kekal mendatar bagi tempoh sepanjang musim panas tahun ini dengan hanya 9,800 kematian dilaporkan pada minggu berakhir 4 Jula lalui.


Angka korban itu adalah lima kali lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun, Tedros menyeru pihak berkuasa di seluruh dunia meningkatkan usaha dalam menyampaikan pesanan risiko Covid-19 kepada orang awam serta menggesa sekatan kesihatan dilaksanakan semula seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik.

Mandat pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal telah dimansuhkan di banyak negara awal tahun ini meskipun segelintir negara masih menguatkuasakan peraturan itu di tempat awam seperti Korea Selatan dan China.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori