Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelarasan Tarif Air Tidak...

ALOR SETAR : Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan melaraskan kadar tarif baharu...

Bekas Gitaris Ekamatra Dipenjara...

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10...

Jadi Bos Khazanah Ada...

SEJAK Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Perdana Menteri,...

Wanita Nekad Tidak Lagi...

SELEPAS sedekad bercukur secara rahsia, Jessica nekad membiarkan wajah aslinya yang ditumbuhi jambang. PENNSYLVANIA,...

Wisma Putra Perlu Tegas Pencerobohan Laut China Selatan

KUALA LUMPUR: Wisma Putra harus bertindak tegas dalam isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan dengan yang jelas mencabul kedaulatan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, beliau bimbang dengan sikap diam diri kerajaan dalam isu tersebut meskipun perkara itu berlarutan sejak sekian lama.

“Krisis ini sudah tidak boleh dipandang remeh mahupun sikap berdiam diri kononnya untuk menjaga hati segelintir pihak walaupun mencabul kepentingan dan kedaulatan negara.

“Saya rasa ini tidak betul, semakin hari semakin risau saya dengan pendekatan China di ruang udara dan perairan kita di Laut China Selatan. Apakah kita semua tidak nampak?

“Sejak 2021 lagi sudah ada laporan mendedahkan pesawat pejuang ‘Halimunan’ China, J-20 berlegar di ruang udara Laut China Timur dan Laut China Selatan untuk melakukan rondaan dan latihan rutin.

“Tindak-tanduk ini juga sebenarnya boleh gugat perkapalan serta aktiviti nelayan. Nota bantahan perlu dilakukan melalui saluran diplomatik dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Abdul Yakub, Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan justeru itu wajar menggerakkan sebarang resolusi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak.


Beliau menegaskan, siri pencerobohan ruang angkasa dan maritim Borneo serta Pantai Timur Semenanjung yang berlaku selepas pandemik Covid-19 seolah-oleh memberi gambaran kerajaan tidak mempunyai pelan mitigasi dan pemulihan terhadap krisis ini yang cukup membimbangkan.

“Apa yang berlaku antara tentera udara China dan tentera kita memberi peringatan kepada kita tentang kesiapsiagaan negara kita untuk situasi seumpama ini. Adakah ini tidak membimbangkan kita?

“Sebenarnya Malaysia tidak bersendirian dalam pertikaian ini. Filipina, Vietnam dan Brunei semuanya telah mempertikaikan secara rasmi dalam konflik Laut China Selatan. Adalah jelas pendirian negara-negara ASEAN terhadap tindakan tidak berintegriti tentera China.

“Semua negara besar seperti China, Russia, Amerika Syarikat perlu faham dan tidak sesekali ambil kesempatan dengan mengadakan latihan ketentaraan di Laut China yang jelas boleh mengundang provokasi, ancaman keselamatan akhirnya dilihat seperti zon perang.

“Hakikatnya semua perlu saling hormat menghormati kedaulatan negara di rantau ini dan janganlah ambil kesempatan kerana sememangnya rantau Laut China Selatan adalah sentiasa dalam keadaan aman dan selamat bagi kapal nelayan sebelum ini,” tegasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori