Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ketua Dewan Ulama PAS...

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Kamaruddin Awang Basir meninggal dunia...

Hamil Anak Kedua, Wawa...

PELAKON Wawa Zainal yang kini disahkan hamil anak kedua mengatakan dia berharap kandungan kali...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana 5.4 magnitud melanda utara Halmahera, Indonesia, pada...

“Ular Dalam Majlis Pengantin?...

PERSEMBAHAN dalam sesuatu majlis perkahwinan boleh mendatangkan mood kepada program berkenaan sekali gus...

Zazuli KP Baharu Kastam

Kuala Lumpur : Teka-teki berhubung jawatan nombor satu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akhirnya terjawab selepas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Zazuli Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Zazuli, 60, adalah pegawai paling kanan di agensi berkenaan dan pernah bertugas di beberapa negeri antaranya sebagai Penolong Ketua Pengarah Kastam Wilayah Tengah sebelum dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri).

Turut dinaikkan pangkat ialah Datuk Abdullah Jaapar sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Untuk rekod, jawatan nombor satu dan nombor dua agensi berkenaan mula kosong pada 24 Mac lalu selepas penyandangnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir bersara wajib manakala Datuk Abdul Wahabi pula meninggalkan pasukan pada pertengahan Februari.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Mohd Asri Seman berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melantik Ketua Pengarah dari kalangan skim penguasa kastam.

“Kami sebagai warga kastam menyokong penuh pelantikan ini dan akan bekerja sebaik mungkin untuk agensi ini.


“Diharap segala spekulasi yang sebelum ini berlaku terhadap agensi dapat dihentikan dengan pelantikan Ketua Pengarah yang baharu,” katanya.

Pada 15 Jun lalu, Harian Metro melaporkan kedua-dua jawatan itu kosong sejak hampir tiga bulan lalu.

Ketiadaan nakhoda di agensi yang menyumbang hasil kedua terbesar kepada negara itu nyata menyebabkan keadaan pengurusan dalaman jabatan itu kini ‘huru-hara’.

Sebelum ini terdapat tiga nama dipertimbangkan untuk mengisi mengisi kekosongan jawatan terbabit.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori