Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Calon SPM Mati Lemas...

ARAU - Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau yang akan menduduki...

Video: Ibu Alpa, Anak...

AKIBAT kelalaian seorang ibu, sebuah rakaman yang memaparkan kanak-kanak perempuan menonton klip video...

Dakwah Live TV AlHijrah...

"IBU Mithali ibu sejati, kasih sayangmu kasih yang suci, pengorbananmu disanjung tinggi, jasamu...

Azi Menangis Bertemu Keluarga...

KOTA BHARU – Ejen kosmetik yang diculik hingga dibawa lari ke Thailand buat...

1.2 Juta Warga China Tak Keluar Dari M’sia: KDN Akan Perjelas – Hamzah

Kementerian Dalam Negeri akan memberi penjelasan semula berhubung isu lebih 1.2 juta rakyat China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Jumlah itu tidak betul. Kita akan betulkan untuk memperbaiki persepsi yang salah,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Bersatu merangkap Ahli Parlimen Larut itu berkata demikian selepas merasmikan persidangan serentak cawangan Bersatu Bahagian Larut malam tadi.

Dilapor berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia, ketibaan warga China ke negara ini bagi tempoh berkenaan ialah seramai 7,177,043 orang.


Bagaimanapun, warga China yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

Terdahulu, Hamzah menerima 204 borang keahlian baru dari Cawangan Sungai Limau dan Paya Besar di Larut.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori