Johor Bahru : Polis merampas 110 bungkus air ketum selain menahan dua lelaki pada serbuan di sebuah rumah di Kangkar Tebrau di sini, semalam.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan jam 5.30 petang oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.
“Suspek yang ditahan dipercayai datang ke lokasi serbuan untuk minum. Kami masih mengesan pemilik rumah terbabit yang tiada ketika serbuan.
“Kami turut merampas beg mengandungi 13 botol cecair ubat batuk seberat 1.2 liter,” katanya pada kenyataan hari ini.
Menurut Raub, seorang daripada suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kedua-dua suspek direman hingga 2 September ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
-Harian Metro