Sebanyak 2,728 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,708,552.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Jumlah kes aktif sebanyak 45,770, turun 1.1 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru mengikut negeri:
Selangor (749)
WP Kuala Lumpur (575)
Sabah (265)
Perak (245)
Pulau Pinang (201)
Negeri Sembilan (146)
Johor (116)
Kedah (101)
Melaka (101)
Sarawak (55)
Pahang (52)
Kelantan (44)
Terengganu (33)
WP Putrajaya (30)
Perlis (9)
WP Labuan (6)
Sebanyak enam lagi kematian dilaporkan.
Sejak minggu lepas, purata 8.1 orang dilaporkan meninggal dunia, manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.5 orang, yang menunjukkan aliran menaik.
Terdapat 204 laporan kematian bulan lepas dan 89 kematian pada bulan Jun.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,026 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Johor merekodkan dua kes kematian, diikuti Perak (1), Pulau Pinang (1), Sabah (1) dan Putrajaya (1).
Seramai 1,529 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 52 orang sedang mendapat rawatan rapi.
-Malaysia Kini