Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

2 Juruterbang United Airlines...

LONDON - Dua juruterbang United Airlines ditahan kerana disyaki mabuk sebelum mereka dijadualkan...

Calon Bebas Dakwa Ditawar...

JASIN - Seorang calon Bebas mendakwa ditawarkan 'sesuatu menarik' sekiranya beliau menarik diri...

AirAsia Bolot Dua Anugerah...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia membolot Anugerah Penerbangan Terbaik dan...

Ketua PPBM Temerloh, AJK...

TEMERLOH - Ketua PPBM Bahagian Temerloh, Amerus Che Onn serta Ketua Pemuda Bahagian...

2,863 Kes Baru Covid-19, Enam Pesakit Meninggal Dunia

Sebanyak 2,863 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,711,415.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jumlah kes aktif sebanyak 43,875, turun 5.1 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor (900)

Kuala Lumpur (590)

Sabah (245)

Perak (193)

Kedah (130)

Negeri Sembilan (125)

Johor (116)

Melaka (115)

Pulau Pinang (106)

Kelantan (98)


Sarawak (69)

Putrajaya (68)

Terengganu (58)

Pahang (42)

Perlis (4)

Labuan (4)

Sebanyak enam lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital (BID).

Tiga kes kematian dilaporkan di Perak dan masing-masing satu kes di Kedah, Sabah dan Selangor.

Sejak minggu lepas purata 7.9 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.4 orang, yang menunjukkan aliran menaik.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,032 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Pada masa ini seramai 1,790 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 55 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (113) diikuti Johor (91) dan Sabah (85).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori