Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jualan Ubat Nyamuk Laris...

SINGAPURA - Penjualan produk pencegah nyamuk naik mendadak di seluruh Singapura sejak berita...

Gadis 19 Tahun Hilang...

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang...

Wanita Tak Dibenar Masuk...

SEORANG wanita yang mengandung dari India tidak dibenarkan masuk ke Britain untuk bertemu...

Kitar Semula Coli Lama...

KUALA LUMPUR - Sesetengah pakaian lama terutamanya yang masih dalam keadaan elok memang...

3 Pemuzik Jalanan Ditahan, Polis Rampas Ganja Dan Pokok

Langkawi : Tiga sahabat termasuk seorang wanita kumpulan pemuzik jalanan (buskers) ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja di sini, awal pagi hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua mereka itu berusia antara 24 hingga 26 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Bukit Lembu di sini.

“Dalam serbuan itu, sepasukan anggota polis menemui 17 paket plastik lut sinar berisi ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja seberat 178.14 gram (g).

“Turut ditemukan tiga pasu yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja di kawasan hadapan rumah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Shariman berkata, polis turut merampas peralatan menghisap ganja dan alat timbangan digital di atas lantai ruang tamu di tempat ketiga-tiga suspek berada.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai pemuzik jalanan itu positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

“Kini mereka direman dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39A(2), 6B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori