Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hishammuddin Hadiri Forum Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menghadiri Forum...

14 Korban Terkini Gempa...

PORT-DE-PAIX - Angka korban gempa bumi yang menggegarkan Haiti kelmarin kini sekurang-kurangnya 14...

Stesen Angkasa China Bakal...

BERITA mengenai stesen angkasa milik China mungkin bakal terhempas di bumi Malaysia telah...

Malaysia, Arab Saudi Bincang...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri...

3,045 Kes Baru Covid-19, Lima Lagi Korban

Sebanyak 3,045 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat pandemik itu adalah sebanyak 4,735,547 kes.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan data harian kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif kini berjumlah 43,431, turun 2.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,061)

Kuala Lumpur (619)

Sabah (259)

Perak (221)

Negeri Sembilan (195)

Pulau Pinang (119)

Melaka (108)

Johor (98)

Kedah (85)

Putrajaya (63)


Pahang (54)

Sarawak (54)

Terengganu (49)

Kelantan (46)

Perlis (12)

Labuan (2)

Lima lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam iaitu di Kedah (3), Johor (1) dan Perak (1).

Sepanjang minggu lalu, purata lapan orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,085 kematian dicatatkan di seluruh negara.

Sementara itu seramai 1,567 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 72 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (117) diikuti Sabah (69) dan Johor (68).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori