Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

27 Kes Berkaitan 1MDB...

PUTRAJAYA - Terdapat 27 kes berkaitan 1MDB masih tertangguh di Mahkamah Tinggi dan...

Felda Dapat Balik 16...

KUALA LUMPUR- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperoleh kembali 16 lot tanahnya bernilai RM270...

Pejabat Kesihatan Jakarta Lapor...

JAKARTA : Pejabat Kesihatan Jakarta mengesahkan sekurang-kurangnya 11 kes cacar monyet (mpox) di...

Kekerapan Operasi Tren ERL...

PUTRAJAYA – Bermula 1 Ogos ini, perkhidmatan rel khas KLIA Ekspres dan KLIA...

4 Negeri Hujan Sepanjang Hari Merdeka

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan laporan cuaca sempena sambutan Hari Kebangsaan sebagai persediaan orang awam merancang perjalanan pada hari tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan sepanjang hari dijangka berlaku di Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.

“Bagi sebelah pagi, hujan beberapa kawasan diramalkan berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

“Bagi sebelah petang pula, hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.


Tambahnya, pada sebelah malam, cuaca buruk diramal melanda Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

“Tempat-tempat lain yang tidak dinyatakan mengikut waktu dikeluarkan dijangka alami cuaca baik dan cerah,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori