Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Jumlah kes aktif sebanyak 46,904, turun 2.7 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru mengikut negeri:
Selangor (2,164)
WP Kuala Lumpur (887)
Perak (289)
Sabah (267)
Negeri Sembilan (204)
Pulau Pinang (197)
Melaka (142)
Johor (123)
Kedah (87)
Sarawak (84)
Pahang (81)
WP Putrajaya (62)
Kelantan (51)
Terengganu (24)
Perlis (12)
WP Labuan (10)
Sebanyak 11 lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital (BID).
Johor (5) mencatatkan kes kematian tertinggi, diikuti dengan Selangor (5), Pulau Pinang (1).
Sejak minggu lepas, purata 8.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.5, yang menunjukkan aliran menaik.
Terdapat 204 laporan kematian bulan lepas dan 89 kematian pada bulan Jun.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,020 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Seramai 1,556 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 56 orang sedang mendapat rawatan rapi.
-Malaysia Kini