Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’,...

ADAT menjadi selebriti, segala tingkah laku yang tak kena akan dijadikan bahan bicara...

Saharul Ridzwan Bakal Tamat...

PELAKON handsome pujaan ramai Saharul Ridzwan dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada September...

Menarik! Cara ‘Pose’ Agar...

BAGI yang memiliki saiz tubuh besar khususnya para wanita, kebanyakan mereka seboleh-bolehnya akan menolak...

Penyelidik Wanita UniMAP Raih...

KUALA LUMPUR - Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr Norhafiza Muhammad mengharumkan nama...

700 Ahli PAS, Bersatu Keluar Parti, Sertai UMNO

KEMAMAN : Seramai 700 ahli dan penyokong Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini mengisytiharkan keluar parti tersebut dan menyertai UMNO, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka menyerahkan borang keahlian baharu UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Barisan Nasional Terengganu di Kijal, dekat sini.

Penyerahan borang tersebut disaksikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ahmad berkata, penyertaan ahli baharu itu menunjukkan rakyat percaya hanya UMNO dapat memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa.

Menurutnya, tindakan ahli dan penyokong kedua-dua itu memberi gambaran positif kepada UMNO untuk menghadapi PRU15.


“Alhamdulillah, ini adalah satu petunjukan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat,” katanya pada majlis

Salah seorang penyokong Pas, Mohd. Hasif Mohamad, 34, berkata, dia nekad menyertai UMNO selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Malah, katanya, dia dan rakan-rakan menyertai UMNO atas kerelaan sendiri tanpa sebarang paksaan.

“Saya lihat banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan Pas dan saya juga kecewa termasuk isu perumahan generasi muda dan bantuan lain,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori