Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

J/kuasa Hak Dan Kebebasan...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dinasihat menggunakan Jawatankuasa...

Makkal Sakti Buat Laporan...

BUTTERWORTH - Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini membuat empat laporan polis terhadap...

Politeknik Jayakan Kembara Kayak...

HULU TERENGGANU - Seramai 50 warga Politeknik Hulu Terengganu (PHT) mengerakkan satu lagi...

‘Ramai Nak Tengok Sharnaaz...

Hampir lima tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat seorang...

874 Calon STPM 2021 Peroleh PNGK 4.00

SELAYANG – Seramai 874 atau 2.41 peratus calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00 sekali gus merekodkan peningkatan berbanding pencapaian pada 2020.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 584 calon adalah daripada golongan B40.

Menurutnya, STPM 2021 menyaksikan pertambahan jumlah calon yang mendapat 5A dalam kesemua mata pelajaran diambil daripada 23 orang pada 2020 kepada 36 orang atau 56.52 peratus pada 2021.

Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang mendaftar untuk STPM 2021 adalah seramai 42,369 orang, menurun sebanyak 5.22 peratus (2,335 calon) daripada 44,704 calon yang mendaftar STPM 2020.

“Dari segi pencapaian PNGK keseluruhan, peratusan calon STPM 2021 pada PNGK 3.75 ke atas adalah 9.04 peratus, PNGK 3.00 ke atas (41.72 peratus), PNGK 2.75 ke atas (55.85 peratus) dan PNGK 2.00 ke atas adalah 88.24 peratus.

“Sehubungan itu, PNGK Nasional STPM 2021 meningkat kepada 2.79, sebanyak 0.01 mata berbanding tahun 2020, iaitu 2.78,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan STPM 2021 di Ibu Pejabat MPM di sini hari ini.

Mohd. Ekhwan berkata, buat julung kali, perbandingan PNGK keseluruhan antara calon bandar dan luar bandar juga didapati tiada perbezaan jurang pencapaian yang mana kedua-duanya memperoleh PNGK 2.79.


Tambahnya, peratusan calon yang mendapat lulus penuh (gred C ke gred A) dalam lima dan empat mata pelajaran juga meningkat sebanyak 30,160 atau 73.7 peratus.

“Kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2021 turut mencatatkan lulus penuh melebihi 70 peratus.

“Satu pelajaran menunjukkan peningkatan melebihi 3.00 peratus dari segi lulus penuh iaitu Bahasa Cina manakala satu mata pelajaran menurun melebihi -3.00 peratus iaitu Pengurusan Matematik,” ujarnya.

STPM 2021 merekodkan sebanyak 40,926 calon yang hadir terdiri daripada 40,743 calon sekolah kerajaan, 60 calon sekolah swasta, 104 calon persendirian dan 19 calon sekolah kerajaan negeri.

Ia meliputi 28,448 calon lelaki dan 12,478 calon wanita terbahagi kepada 37,259 aliran Sains Sosial dan 3,667 aliran Sains.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori