Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Sebar Berita Palsu...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita semalam susulan tindakannya memuat naik berita...

Kes Hasut Budak: LGE...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau akan...

Kekasih Gelap Ozzy Nak...

WANITA simpanan Ozzy Osbourne, Michelle Pugh mengambil tindakan undang-undang terhadap anak perempuan Ozzy, Kelly...

Menjadi Bapa ‘Ekspres’ Satu...

NAS-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin mengakui dia berasa bersyukur kerana...

Adun Batu Lintang Mahu Kekal Bebas

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How yang keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) baru-baru ini berkata beliau akan terus kekal sebagai Adun Bebas dan tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam waktu terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Saya akan kekal sebagai ahli DUN bebas dan berharap akan dapat mencapai apa yang saya mahu buat untuk rakyat terutamanya di kawasan saya sendiri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya lagi, buat masa ini dan dalam masa terdekat beliau tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik, malah mahu bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan sesiapa sahaja selagi beliau menyumbang ke arah Sarawak yang lebih baik.

“Ia bukan soal parti, saya akan melihat pelbagai cara untuk menyumbang kepada rakyat untuk terus bergerak ke hadapan,” tambahnya.

Chee How berkata beliau mengambil masa beberapa bulan sebelum membuat keputusan untuk melepaskan keahliannya dan keluar dari PSB, dan bukan kerana undang-undang anti lompat parti yang telah diluluskan baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan pemberita, See How bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung kenyataan presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh.

“Anda boleh bertanya kepada Datuk Seri (Wong) sendiri mengenai perkara itu kerana saya tidak boleh mengulas apa yang beliau rasa dan apa yang parti rasa kerana saya sudah keluar dariada parti.

“Tetapi sekiranya ada surat tindakan undang-undang terhadap diri saya daripada pihak parti saya akan meneliti dan melihat perkara itu,” katanya lagi.

Wong Soon Koh dalam kenyataannya selepas Chee How meletakkan keahlian daripada PSB berkata, Chee How harus menghormati syarat-syarat perjanjian yang beliau telah tandatangani dengan PSB ketika mula menyertai parti tersebut.


Menurut Wong, sebagai calon dalam pilihan raya negeri pada Disember tahun lalu, Chee How telah menandatangani kontrak yang memerlukan beliau mengosongkan serta merta kerusi yang dimenanginya atas tiket PSB sekiranya beliau keluar meninggalkan parti itu.

Kata Wong, selain mengosongkan kerusinya Chee How juga perlu membayar ganti rugi kepada parti kerana telah menggunakan sumber PSB sehingga berjaya memenangi kerusi yang ditandinginya pada PRN Disember tahun lalu.

See How berkata beliau bersedia untuk berhadapan kemungkinan tindakan undang-undang terhadap dirinya, berikutan tindakan beliau keluar dari PSB.

Beliau bagaimanapun menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir pada sidang media berkenaan untuk merujuk kepada Artikel 17 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak dan Artikel 17 (6&7).

Kepada soalan lain, sama ada beliau akan menjadi ADUN Bebas yang mesra kepada GPS atau gabungan pembangkang, Chee How menjawab:

“Selama ini pun saya mesra kepada semua orang, jadi tidak perlu timbul persoalan saya akan mesra kepada siapa selepas ini.”

Tegasnya dengan lebih lanjut, selepas ini beliau akan memulakan initiatif untuk mengajak semua pihak bekerjasama untuk Sarawak yang lebih perkasa.

Chee How juga menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori