Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Sukatan Pembelajaran, Prasarana Tabika...

BANGI - Penambahbaikan sukatan pembelajaran Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan menaik taraf...

UMNO, BN Kota Belud...

KOTA BELUD – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kota Belud akan terus menyokong...

5 Rumah Dilempar Molotov...

JOHOR BAHARU - Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami...

“Cuba Lawan Naluri” –...

PERDEBATAN netizen berhubung isu jantina usahawan, Nur Sajat sampai ke klimaks apabila Jabatan...

Ahli Parlimen Bentong Dikehendaki Polis?

KUALA LUMPUR : Akaun media sosial Edisi Siasat (ES) hari ini menerbitkan satu dokumen yang mendakwa Ahli Parlimen Bentong dari parti DAP, Wong Tack sebagai individu yang dikehendaki polis sejak tahun 2013.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dokumen yang belum dapat disahkan kesahihan itu mendakwa Wong Tack disiasat di bawah 506 Kanun Keseksaan (KK).

Tinjauan Mynewshub mendapati 506 KK merujuk kepada perbuatan melakukan ugutan jenayah.

Nombor report yang tertera dalam dokumen siasatan ialah RAUB/000425/13.

“Ahli Parlimen Bentong Wong Tack ada wanted polis sejak 2013 tapi masih boleh berkempen, bertanding PRU14 menjadi Ahli Parlimen dan keluar masuk parlimen selama ini mcm biasa.


Sebabnya sistem pengurusan PDRM ini sampah atau keselamatan di negara ini dh jadi sampah.

Siap boleh pergi IPD Bentong utk berhari raya pulak tu.

Org mati pun boleh ada wanted jadi apa nak kisah sgt dgn Wong Tack kan? Ha3, ” antara kandungan status yang dimuat naik bersama dokumen berkenaan.

Dakwaan itu dimuatnaik di platform rangkaian telegram ES.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Sri Sanjeevan ketika dihubungi memberitahu, dakwaan ES itu amat besar dan perlu diberikan perhatian segera.

“Hanya pihak polis yang dapat mengesahkan kesahihan dokumen berkenaan dan mereka perlu berbuat demikian segera termasuk menjelaskan status terkini siasatan andai ia dakwaan yang benar,” katanya.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori