Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Tahan 2...

KUANTAN - Pasukan Polis Marin menahan dua bot nelayan asing yang didapati menceroboh...

Kenaikan Tarif Untuk Kurangkan...

GEORGETOWN - Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air sebanyak 16.7 peratus...

PKPB: “Ingat Kita Belum...

SELEPAS 47 hari rakyat Malaysia 'terkurung', hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan...

Produk Tertentu Top Glove...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa...

Ainul Mardhiah Diserang Sawan, Tahap Kesihatan Agak ‘Teruk’

PETALING JAYA – Kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kembali tidak stabil selepas diserang sawan beberapa kali sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan keadaan anaknya agak ‘teruk’ dan ini kali pertama Ainul terkena sawan yang berlaku antara empat ke lima kali dalam tempoh tidak sampai 12 jam.

Jelasnya, Ainul nampak sangat berbeza sekarang walaupun dia pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini.

“Tetapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur. Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan.

“Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan, badannya kaku dan saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang, saya sangat sayang dengan Ainul,” tulisnya di Facebook.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor masih berusaha merawatnya anaknya itu dan diminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik untuknya.


“Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan. Jauh di sudut hati, saya masih berharap keajaiban dari Allah S.W.T.

“Semoga Allah S.W.T izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik dan telah sedar sepenuhnya selepas hampir seminggu di rawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) akibat jangkitan kuman.

Menurut bapanya, bacaan darah Ainul Mardhiah hampir normal semuanya manakala mesin ventilator sudah dimatikan serta banyak ubatan telah diberhentikan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori