Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perniagaan 5 Selebriti Mungkin...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil lima selebriti semalam termasuk...

Bimbang Bayi, Ibu Berpindah...

DUNGUN - "Sebaik melihat air mula naik setinggi paras lutut di halaman rumah,...

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

NEW YORK - Kes Covid-19 di seluruh dunia pada Ahad sudah melepasi 50...

Kedudukan Azmin Sebagai Timbalan...

KUALA LUMPUR - Berdasarkan fasal 21.16 Pelembagaan PKR mana-mana ahli pimpinan pusat mungkir...

Ainul Mardhiah Lepasi Tahap Kritikal, Masih Di ICU

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah kini disahkan doktor tidak lagi berada di dalam keadaan kritikal dan semakin baik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun, kanak-kanak berusia tiga tahun itu masih memerlukan rawatan di unit jagaan rapi dan diberikan ubat ‘rehat’ serta memerlukan sokongan ventilator.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menzahirkan perasaan syukur dengan perubahan kesihatan anaknya yang bertambah baik.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah.

“Keseluruhannya, Ainul lebih baik dari semalam dan dia masih kuat melawan (penyakitnya),” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya.

Rentetan itu, Safiuddin mengucapkan terima kasih buat doktor yang merawat anaknya kerana berjaya menyelamatkannya dari terus berada di zon kritikal serta mereka yang mendoakan kesihatan anaknya.

“Terima kasih kakak-kakak yang menjaga Ainul dengan penuh kasih sayang. Terima kasih rakyat malaysia yang ambil berat tentang Ainul dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan.


“Tada daya saya dan ahli keluarga untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang berbuat baik kepada kami. Hanya mampu kami titipkan doa buat anda semua supaya Allah berikan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini kepada anda,” tulisnya.

Sehubungan itu, Safiuddin juga mendoakan buat kanak-kanak yang sedang bertarung nyawa dan berjuang melawan penyakit diberikan kesembuhan secara menyeluruh.

“Saya juga doakan buat doktor yang merawat diberikan jalan dan kefahaman, dan ibu bapa mereka diberikan ketabahan, kesabaran serta ganjaran di dunia dan di akhirat. Semoga Allah cukupkan rezeki kita semua.

“Mohon juga doakan Ainul sembuh dari serangan kuman ini tanpa ada sebarang komplikasi. Amin,” tambahnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan kini dilihat mampu buka mata walaupun hanya seketika.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori