Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAS Kecewa Bajet Tiada...

KESAL... PAS akui pembentangan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan...

YaPEIM Dalam Radar Siasatan...

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

Polis Tahan Lelaki Mencuri...

IPOH - Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun petang semalam kerana dipercayai...

3 Beradik Dipenggal Kepala...

Malang menimpa tiga beradik apabila mereka diserang dan dipenggal kepala, dipercayai untuk digunakan...

Alliance Bank Sedia Pilihan Pembiayaan Tawarruq

KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd memperkenalkan pilihan pembiayaan patuh Syariah baharu melalui penyelesaian PKS Digital, bertujuan membantu perniagaan mikro dan kecil, terutama yang beroperasi dalam industri halal atau mengutamakan pembiayaan Islam.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Naib Presiden Kanan dan Ketua Digital PKS Alliance Bank, Kevin Shum, berkata alternatif pembiayaan digital yang cepat dan mudah itu berasaskan konsep Islam murabahah komoditi (tawarruq).

Beliau berkata, ia membolehkan perniagaan mikro dan kecil memperoleh pembiayaan sehingga RM500,000 dengan mudah sepenuhnya secara digital.

Pembiayaan itu, katanya terpakai kepada perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun dengan pendapatan tahunan minimum RM500,000.

“Kami kini berkembang untuk menawarkan produk patuh Syariah sepenuhnya sebagai pilihan tambahan bagi pemilik perniagaan memenuhi keperluan pembiayaan selain pinjaman PKS digital konvensional.

“Dengan proses permohonan digital yang pantas dan ringkas, pemilik perniagaan boleh memohon dan menjejak status permohonan pada bila-bila masa di mana sahaja.

“Tahun ini, kami menyasarkan untuk menyediakan RM200 juta dalam pembiayaan PKS digital bagi membantu pemilik perniagaan berkembang melalui penyelesaian PKS Digital Alliance Bank,” katanya dalam satu kenyataan.


Shum berkata, selain bantuan kewangan, Alliance Bank turut menyokong pemilik perniagaan melalui rangkaian luas penyelesaian digital dalam membantu mereka mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan lebih cekap, serta mengakses pasaran baharu.

Beliau berkata, Portal Penyelesaian BizSmart menyediakan lebih daripada 200 produk dan perkhidmatan rakan kongsi untuk membantu perniagaan menjangkau lebih ramai pelanggan, mendigitalkan serta mengamalkan amalan mampan pada kadar keutamaan dengan memanfaatkan rangkaian PKS yang kukuh.

Katanya, Alliance Bank juga akan melancarkan produk baharu yang memenuhi keperluan perniagaan mikro dan kecil dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Sebagai bank yang telah lama menyokong perniagaan Malaysia, kami memahami bahawa perniagaan mikro dan kecil, terutama perniagaan baharu sukar untuk mendapatkan kredit perniagaan.

“Ini kerana, mereka mungkin tidak mempunyai sejarah kredit yang baik. Oleh itu, kami juga menawarkan talian kemudahan mikro untuk membantu mereka memenuhi keperluan aliran tunai jangka pendek dan pada masa yang sama membantu mereka membina sejarah kredit.

“Dengan profil kredit perniagaan yang sihat, kami akan dapat memberikan bantuan kredit yang lebih besar untuk keperluan pengembangan perniagaan masa depan mereka,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori