Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Beri Nasihat Salah Berhubung...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat salah...

Protes Tahan Rafizi: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis memanggil beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat dalam protes membantah...

Membimbangkan…Pencarum Boros Habiskan Wang...

BANGI - Sikap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menghabiskan wang simpanan...

Agenda PH Lebih Cenderung...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

Ambil Alih SESB Selepas Tubuh Suruhanjaya Tenaga Sabah

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga sendiri sebelum mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kawal selia bekalan elektrik di Sabah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri perlu menubuhkan suruhanjaya tenaganya sendiri terlebih dahulu supaya pihak berkuasa kawal selia bekalan elektrik boleh dipindahkan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sabah.

Beliau berkata, selepas itu barulah kerajaan negeri mengambil alih SESB tanpa sebarang liabiliti selepas Pelan Transformasi SESB dilengkapkan dalam masa lima ke tujuh tahun dari sekarang.

Katanya, perkara itu dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikannya bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Putrajaya, semalam.

“Mesyuarat jawatankuasa pemandu berkaitan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan SESB kepada kerajaan negeri itu bersetuju supaya KeTSA membawa rancangan kerajaan negeri untuk mengambil alih SESB dalam dua peringkat kepada Kabinet Persekutuan.

“Oleh itu, penyelarasan dan kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk memastikan proses undang-undang dilaksanakan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan berhubung hasil perbincangan dalam mesyuarat itu, di sini.

Cadangan pengambilalihan SESB sudah lama disuarakan sebagai antara langkah untuk menangani isu bekalan elektrik di Sabah dan Labuan selain mengembalikan kawalan kerajaan negeri dalam syarikat utiliti itu.

Ketika ini SESB dimiliki TNB dengan pegangan 80 peratus saham, manakala baki 20 peratus oleh kerajaan Sabah.


Sementara itu, Hajiji berkata, mesyuarat berkenaan turut membincangkan projek dan program berkaitan tenaga yang akan dilaksanakan di Sabah menerusi Pelan Pembangunan Penjanaan Bekalan Tenaga Sabah 2022-2041.

Antaranya, beliau berkata kerajaan negeri mencadangkan pembinaan projek janakuasa tenaga berkapasiti 100 Megawatt yang sudah ditender untuk dibangunkan di Kimanis dengan menggunakan sumber gas yang sudah tersedia di kawasan itu.

“Kerajaan negeri juga menyokong permohonan New Sabah Hydro bagi cadangan membangunkan loji janakuasa hidro elektrik berkapasiti 170 Megawatt berkonsepkan ‘Run of River’ di Sungai Maligan dan Hulu Sungai Padas, Sipitang yang sudah dibentang dan diluluskan Kabinet Sabah,” katanya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata kerajaan negeri turut memohon agar projek Pengagihan Southern Link Sabah dilaksanakan dalam satu pakej dan bukannya secara berfasa menggunakan dana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menjelang 2027.

“Kerajaan negeri turut mencadangkan Kerajaan Persekutuan tidak meneruskan projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) kerana tiada bekalan gas dan sebaliknya kontraktornya yang sudah dibayar untuk projek itu akan melaksanakan projek Southern Link,” katanya.

Hajiji juga mahu pelaksanaan projek naik taraf grid pengagihan tenaga dari Segaliud, Sandakan ke Jalan Dam, Lahad Datu dan Mengalong, Sipitang serta seterusnya ke Lawas, Sarawak dipercepatkan.

Kerajaan negeri, katanya turut meminta supaya harga gas untuk janakuasa bebas (IPP) dikekalkan pada kadar minimum RM6.40 per Metric Million British Thermal Unit (MMBtu) sehingga tarikh tamat konsesi mereka bagi mengelak kenaikan mendadak kos operasi yang akan memberi kesan langsung terhadap tarif elektrik di Sabah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori