Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Subsidi Petrol Bersasar Diumumkan...

KUALA LUMPUR - Subsidi petrol bersasar kepada golongan kumpulan golongan berpendapatan rendah (B40)...

Indonesia Sedia 12 Kapal...

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia (TNI) tmenyediakan 12 Kapal Perang Republik Indonesia (KRI)...

Telur Pasaran Tempatan Selamat...

JITRA - Kerajaan memberi jaminan bekalan telur di pasaran tempatan adalah selamat untuk...

Penempatan Orang Asli Pos...

GERIK - Penempatan Orang Asli Pos Kemar dekat sini disahkan bebas wabak malaria,...

Anak-Anak Najib Teruskan Perjuangan Bapa Mereka, BN

KUALA LUMPUR : “Dia sentiasa tenang walaupun dalam kesusahan.”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Demikian kenyataan ringkas Norashman Najib yang merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan semalam.

Norashman menerusi aplikasi Instagram Story memuat naik posting gambarnya bersama bapa dan kakaknya, Nooryana Najwa Najib dengan kapsyen tersebut.

Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Menerusi platform sama, menerusi akaun peribadinya, Nooryana Najwa pula berkata, bapanya sempat berpesan supaya dia dan keluarganya meneruskan perjuangan mereka.


“Kata-kata terakhir beliau kepada kami sekeluarga dan penyokong rapat adalah ‘perjuangan kami, kita teruskan’. Kita akan buat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk BN, UMNO dan rakyat.

“Mari kita menyokong satu sama lain dan teruskan bekerja kerana dia (Najib) bergantung pada kita semua untuk menjadi versi ‘Bossku’ kita tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia cuba untuk mendapatkan respon daripada peguam bela Najib, Hisyam Teh Poh Teik, bagaimanapun beliau mengatakan dirinya tidak boleh memberikan sebarang komen.

“Saya minta maaf, tetapi, saya tidak sepatutnya memberikan komen kepada pihak media. Saya harap kamu faham,” katanya ringkas.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori