Apakah agaknya yang tersemat dalam sanubari para pemimpin PAS terutama mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama Islam selepas menyaksikan apa yang berlaku terhadap Najib Razak?
Ikuti Mynewshub: Telegram
Apakah hukum dan dalil mereka pegang ketika ini apabila permintaan Najib Razak mengemukakan bukti baharu dinafikan dan hukuman dilaksanakan sebelum bukti itu didengari?
Apakah pula pendirian mereka terhadap sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Najib Razak bagi mempertahankan dirinya daripada kes yang dikenakan terhadapnya sejak zaman kerajaan PH?
Imam Ibn Al-Munzir dalam ulasan beliau menyebutkan :
أَجْمَعَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى أَنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ
Maksudnya : Para ahli ilmu telah berijma’ bahawa bukti itu ke atas mereka yang mendakwa, dan sumpah itu ke atas mereka yang didakwa. Rujuk Al-Ijma’, Ibn Al-Munzir (Hlm. 65).
Allah S.W.T berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”
Setakat ini apa yang didengari oleh pemimpin PAS selepas Najib Razak dipenjarakan adalah UMNO perlu bersama Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.
Kenyataan pemimpin PAS itu tiba-tiba mengingatkan kita semua kepada satu dokumen yang digelar sebagai PASLeak yang pernah terdedah di media sosial sebelum ini.
-Mynewshub