Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rusia Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR - Pelayaran dua lelaki Rusia dari Pelabuhan Kemboja menuju ke Pelabuhan...

Abang Jo Ingatkan Jangan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini...

Syamsul Debat Yang Lucu...

"Pekerja ni ada 4 jenis perwatakan. Paling menarik yang berperwatakan usahawan. Sentiasa sibuk...

Cakra Khan Makan Sambal...

SELALUNYA jika dijangkiti radang tekak, doktor akan nasihatkan supaya kurangkan makan makanan pedas...

Banjir Pulih, 2 PPS Di Johor Ditutup

JOHOR BAHRU: Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara dan PPS Dewan Kampung Melayu Batu 10 Skudai ditutup, petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi berkata, semua mangsa yang ditempatkan di dua PPS berkenaan sudah mendaftar keluar.

Beliau berkata, PPS Dewan Kampung Melayu Batu 10 yang menempatkan mangsa banjir Kampung Laut Batu 10, Skudai di sini, ditutup jam 6 petang tadi.

Katanya, PPS SK Bukit Mutiara yang menempatkan mangsa banjir Kampung Pasir, Kampung Kangkar dan Kampung Kenangan, Tebrau turut ditutup pada waktu sama.


“Semua mangsa yang ditempatkan di PPS mendaftar keluar secara berperingkat dan pulang ke kediaman masing-masing.

“Seramai 86 individu membabitkan 29 keluarga terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan di seluruh daerah ini,” katanya.

Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat mulai 3 petang semalam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori