Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Bayi Tidak Sedarkan Diri,...

PADAWAN - Seorang bayi lelaki berusia setahun dikejarkan ke hospital, Khamis lalu, selepas...

1,000 Kekosongan Haji Kumpulan...

JOHOR BAHRU : Sebanyak 1,000 kekosongan tawaran mengerjakan ibadah haji 2022 yang ditolak...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR : Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Pulau...

Kerajaan Tawar Beli Tanah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menawarkan untuk membeli tanah di Kampung Baru...

Banjir Selangor: Perlu Sedia Hadapi Sekali Lagi Tahun Ini

SHAH ALAM: Rakyat Selangor khususnya penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25 perlu bersedia untuk menghadapi gelombang banjir sekali lagi sekiranya cuaca buruk pada musim tengkujuh seperti Disember tahun lepas kembali melanda negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Persediaan perlu dilakukan selepas kebanyakan projek-projek utama tebatan banjir seperti pendalaman Sungai Klang, pembinaan kolam takungan baharu dan pelencongan aliran Sungai Damansara hanya bermula Januari tahun hadapan.

Bagaimanapun, situasi dijangkakan tidak seteruk seperti tahun lepas apabila pelbagai langkah awal diambil melibatkan perbelanjaan sebanyak RM11.5 juta seperti pembinaan ban, pembelian set generator dan pam air baharu.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, terdapat langkah jangka pendek sudah pun dilaksanakan seperti pembinaan ban di Sungai Klang dan Sungai Rasau bernilai RM2 juta, serta penempatan 15 pam air termasuk dua jenis mudah alih di sana.

“Fokus peringkat awal ketika ini adalah di Taman Sri Muda apabila kawasan tersebut dikenal pasti sebagai paling rendah dan akan menerima limpahan air dari hulu Sungai Klang di Gombak dan Kuala Lumpur apabila hujan lebat.

“Pam sudah beli, ban sudah siap. Selain itu, kerajaan negeri turut membeli set generator baharu sebagai ganti sekiranya pencawang elektrik di sana tidak berfungsi akibat ditenggelami air untuk menghidupkan pam dan pintu air, menerusi peruntukan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, beliau turut menafikan dakwaan kerajaan negeri lambat bertindak untuk melaksanakan projek tebatan banjir yang memerlukan penyelesaian beberapa perkara termasuk isu tanah, kejuruteraan dan proses perolehan atau tender.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kebanyakan projek-projek utama tebatan banjir akan dilaksanakan mulai Januari tahun hadapan yang bernilai keseluruhan lebih RM6 bilion termasuk peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM4.7 bilion untuk pelencongan air Sungai Damansara.

Selain pelencongan air, projek tebatan banjir melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu juga akan dilaksanakan di Sungai Langat, Sungai Klang, Sungai Kapar Kecil dan Kapar Besar serta Sungai Kuyoh.


Jelasnya, kesemua projek tersebut diselaraskan di bawah Jawatankuasa Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang pada asalnya untuk mengurus masalah pencemaran sungai dan gangguan bekalan air, namun kemudian dikembangkan kepada pengendalian banjir dan kecemasan.

Projek-projek tersebut kemudian dibahagikan kepada fasa jangka pendek dan sederhana antaranya pembinaan kolam takungan air baharu di Taman Sri Muda berhampiran Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) bernilai RM15 juta di bawah JPS.

Selain itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) bernilai keseluruhan RM302 juta bagi tempoh 2022 hingga 2025 yang mana sebahagian projek bernilai RM20 juta akan dilaksanakan di Taman Sri Muda pada bulan hadapan dan dijangka siap pada Mac 2023.

“Fokus kepada Taman Sri Muda juga, terdapat projek bernilai RM160 juta iaitu pembinaan tembok banjir dan RM450 juta di Sungai Damansara. Sementara itu, di Sungai Damansara juga pelencongan air ke Tasik Ladam akan dilaksanakan menerusi projek daripada Kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, bermula Januari 2023 juga, kerajaan negeri melalui syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bersama Landasan Lumayan Sdn. Bhd. akan melaksanakan projek pendalaman Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari sempadan Selangor – Kuala Lumpur bernilai RM700 juta.

“Sebagai permulaan, pendalaman sungai di kawasan Taman Sri Muda bernilai RM155 juta akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendalamkan 30 peratus hingga 50 peratus berbanding paras 1.5 meter sekarang dan keseluruhannya dijangka siap dalam masa tiga tahun,” jelasnya.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah itu lagi, terdapat 98 kolam tadahan dikenal pasti sebagai tempat takungan air banjir termasuk 21 yang dalam perancangan dan baharu dibina serta 29 daripadanya berhampiran Sungai Klang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori