Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perlawanan Ditunda, Padang Penuh...

BERLIN - Aksi suku akhir Piala Jerman antara Borussia Dortmund dan Sportfreunde Lotte...

Pelaksanaan RCP Di Jalan...

SANDAKAN - Pelaksanaan pusat pemeriksaan darat atau Road Check Point (RCP) akan dimulakan...

Dr Mahathir Sedia Disiasat...

TASEK GELUGOR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia disiasat berhubung kerugian...

Kadar Zakat Fitrah Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Kadar zakat fitrah di Terengganu pada tahun ini meningkat kepada...

Belanjawan Responsif Gender Untuk B40 Mulai Tahun Depan – PM

Kementerian Kewangan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita diberi bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Responsif Gender untuk golongan B40 mulai tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata inisiatif belanjawan berasaskan data asing gender itu akan mengenal pasti kumpulan sasar dan mengagih sumber mengikut keperluan penerima yang signifikan bilangannya.

“Ini bukan sahaja kepada ibu tunggal tetapi juga untuk bapa tunggal sekiranya semakin tinggi peningkatan dalam sesebuah komuniti,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-60, di Kuala Lumpur hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis sambutan tersebut.


Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menambah baik dasar, perundangan serta program yang lebih peka gender termasuk usaha pembaharuan dalam penyemakan Dasar Wanita Negara dan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) yang prihatin gender.

Beliau berkata antaranya, RUU Antigangguan Seksual 2021 telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, manakala RUU Jenayah Intip dan Hendap (Anti-Stalking Law) telah dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos lepas.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori