Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sukma: Insiden Gaduh Beri...

IPOH – Insiden pergaduhan membabitkan pemain Johor dan Terengganu dalam saingan bola sepak...

Agong Enggan Kurnia Pingat...

TIDAK BERKENAN... Ketiadaan walau seorang pun dikurniakan darjah kebesaran Yang di-Pertuan Agong XV,...

Pendapatan Pelaburan KWSP Menyusut

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan penyusutan pendapatan pelaburan kepada...

Proton Teroka Pengeluaran Di...

KUALA LUMPUR - Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Proton Holdings Bhd dan PT...

BERSATU Masih Sokong Kerajaan Persekutuan – Radzi

KAJANG : BERSATU tidak membincangkan sebarang isu menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan Naib Presidennya, Datuk Dr Radzi Jidin susulan tindakan Ismail Sabri membatalkan pertemuan bersama Perikatan Nasional (PN) di saat akhir, baru-baru ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu pelantikan wakil BERSATU ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang didakwa dipersetujui Ismail Sabri sebelum mengambil alih pentadbiran negara daripada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Radzi berkata, pihaknya ketika ini masih belum menerima sebarang makluman mengenai alasan Ismail Sabri bertindak membatalkan pertemuan bersama PN itu.

Peletakan jawatan Zuraida tidak jejaskan keyakinan terhadap kepemimpinan Ismail Sabri

Katanya, BERSATU juga tidak akan sewenang-wenangnya menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan, selain menunggu perbincangan lanjut diadakan bersama Ismail Sabri.


“Kita tak sebut akan ‘simply’ (sewenang-wenangnya) tarik sokongan (terhadap Kerajaan Persekutuan), sebaliknya akan tunggu dan lihat apakah perkara akan disentuh dalam perbincangan itu nanti.

“Apa yang paling penting sekarang untuk kita memberi tumpuan kepada keadaan negara dalam konteks memberi fokus ke atas usaha transformasi pendidikan.

“Ini adalah fokus kita kepada rakyat bagi memastikan masyarakat sentiasa menerima yang terbaik dalam sebarang tempoh kita ada sebagai kerajaan. Pelaksanaan adalah lebih penting (berbanding jawatan Timbalan Perdana Menteri),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kejohanan Olahraga Tahunan Keenam Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 17(1) di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori