Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Diminta Berdoa...

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama diminta mendoakan...

SKMM Akan Berunding Dengan...

KEMAMAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut dan laut bergelora di kawasan perairan...

Bapa Disyaki Rogol 2...

Melaka : Bapa iblis. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang lelaki kerana tergamak...

Biro Politik Umno Mesyuarat Esok, Dijangka Sentuh Isu Najib

Biro politik Umno akan bermesyuarat malam esok dan dijangka turut menyentuh keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara ke atas Najib Razak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan sumber dalaman Umno.

Bagaimanapun dia tidak mendedahkan maklumat lanjut berhubung mesyuarat itu.

“Mesyuarat biro politik akan berlangsung malam esok. Jadi, kita tengoklah macam mana.

“Mungkin akan menyentuh mengenai Najib,” katanya kepada Malaysiakini.


Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah melibatkan SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.

Dia justeru akan menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.

Selain Tengku Maimun, empat lagi yang mendengar permohonan Najib ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim, selain hakim kanan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan, dan Mohamad Zabidin Mohd Diah

MalaysiaKini-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori