Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mira Filzah Perjelas Isu...

VIRAL menerusi laman sosial beberapa hari ini berkaitan kenyataan seorang selebriti yang sedang...

Hafiz Hamidun Tidak Tahu...

DUGAAN juga rupanya apabila bersuamikan seseorang yang bukan sahaja berprofil tinggi, malah dikenali...

Empat Pelajar Malaysia Ke...

PETALING JAYA : Empat pelajar Malaysia mengharumkan nama negara apabila berjaya melanjutkan pengajian...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku...

Buat Aksi Superman, Tiga Penunggang Motosikal Ditahan

BAYAN LEPAS: Tiga penunggang motosikal ditahan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Pantai Seagate di sini, awal pagi tadi, kerana menunggang motosikal secara berbahaya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka ditahan ketika Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 36 tahun.

Katanya, dua daripada mereka adalah pekerja kilang, manakala seorang lagi juruteknik lif.

“Ketika operasi diadakan, sekumpulan penunggang motosikal dilihat menunggang dengan laju secara membongkokkan badan seperti aksi Superman dan ini berbahaya kepada diri serta pengguna jalan raya lain.


“Tiga daripada mereka masing-masing menerima enam, empat dan satu saman atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamarul berkata, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, sepanjang operasi dijalankan antara jam 1 hingga 7 pagi itu, sebanyak lapan saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan dua motosikal disita.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori