Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

MET Nafi Cuaca Panas...

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini menafikan mesej yang...

Amanah Buat Laporan Polis,...

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan...

Eeeww..! Bulu Mata Wanita...

CHINA – Geli.... itu pasti perkataan pertama sesiapa jua yang melihat gambar ini.Ia...

Muzium Kolonial P.Pinang Dibuka...

GEORGETOWN - Pulau Pinang akan memperkenalkan satu lagi tarikan pelancongan dengan pembukaan Muzium...

CAP Gesa Jangan Tangguh RUU Kawalan Produk Tembakau, Merokok

Georgetown : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) segera meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dalam persidangan Parlimen akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis antirokok NV Subbarow berkata, kelulusan RUU itu tidak boleh ditangguhkan lagi, ia perlu dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.

“RUU yang baharu mesti dibahaskan dan diluluskan, jika tidak ia sesuatu yang sia-sia kerana sudah banyak dibahaskan NGO (Badan Bukan Kerajaan) termasuk pegawai KKM.


“Jangan ditangguhkan lagi, Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang perlu tunaikan janji,” katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, CAP juga merayu 12 ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas bagi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya membuat keputusan bijak demi kebaikan generasi masa depan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori