TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan hari ini memaklumkan, tentera China melancarkan 11 misil balistik Dongfeng ke perairan berhampiran pesisir utara, selatan dan timur Taiwan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Awal hari ini, tentera China melancarkan misilnya berhampiran pulau Matsu, Taiwan.
Sementara itu, Kementerian Luar Taiwan menyifatkan China ‘mencontohi’ Korea Utara apabila melancarkan misil ke perairan berhampiran negara itu, dan menggesa semua pihak mengawal diri, susulan ketegangan memuncak dengan Beijing.
Menerusi satu kenyataan, kementerian itu menganggap China mengancam keselamatan Taiwan dan menggesa pelbagai negara menyokong negara demokrasi itu dan bersama-sama mempertahan kebebasan dan demokrasi Taiwan.
China mengadakan latihan tentera dekat Taiwan selepas lawatan Speaker Kongres AS, Nancy Pelosi.
BHonline-