Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FAM Kaji Guna Pemain...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan kajian mendalam mengenai...

Pengurangan Peruntukan KPT Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017...

Wanita Bersuami Antara 644...

KUALA LUMPUR: Wanita berstatus isteri orang adalah antara 644 mangsa kes penipuan 'Love...

DBKL Banteras Penceroboh Laluan...

KUALA LUMPUR - 'Tidak tahu', ' kesuntukan masa' dan 'tidak sengaja' adalah antara...

Cuti Terkumpul Kakitangan Kerajaan Naik Kepada 180 Hari

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu dilakukan kerana ramai anggota perkhidmatan awam
yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka sebelum ini kerana beban tugas yang semakin besar dan mencabar.

“Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini ia membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan ‘award’ wang tunai di masa persaraan.

“Sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini tadi.


Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju menambah kadar cuti rehat khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Katanya tambahan cuti ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi, “ujarnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori