Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan...

Kosmo! Kekal Akhbar Harian...

KETIKA trend penjualan akhbar mencatatkan kemerosotan, Kosmo! terus melakar sejarah apabila kekal menjadi...

10 Staf Imigresen Akan...

SEPANG - Sepuluh pegawai Imigresen Sarawak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM,...

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN)...

Dakwaan Derma Arab Dibuat Najib ‘Tak Dapat Dipercayai’ – DPP

Masuk hari keempat pendengaran rayuan Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International RM42 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malaysiakini membawa laporan secara langsung pendengaran ini.

12.23 tengah hari: Prosiding ditangguh untuk rehat tengah hari dan akan bersambung pada jam tiga petang nanti.

DPP: Dakwaan derma Arab dibuat Najib ‘tak dapat dipercayai’

12.17 tengah hari: Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram membangkitkan yang mahkamah perbicaraan kes SRC mendapati dakwaan Najib Razak bahawa wang dalam akaunnya adalah derma dari kerabat diraja Arab Saudi, sukar dipercayai.

Dia berkata Mahkamah Tinggi membuat kesimpulan itu selepas membuat penilaian terhadap bukti secara keseluruhan (totality of evidence).

DPP: Perbualan BBM tunjuk Najib tahu tentang transaksi bank

11.54 pagi: Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berkata pengurus perhubungan pelanggan Ambank Najib Razak ketika itu, Joanna Yu menerima arahan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, menerusi BlackBerry Messenger (BBM).

Dia berkata, transkrip perbualan BBM menunjukkan Yu antara yang menerima pesanan oleh Najib yang dihantar oleh Jho Low.

Antara perbualan itu adalah berkenaan makluman tentang cek yang telah atau sedang ditulis Najib, dan berkenaan cadangan pemindahan kepada Najib.

Kata Sithambaram lagi, perbualan BBM itu menunjukkan Najib menggunakan Jho Low untuk mengesahkan baki wang dalam akaunnya untuk memastikan dia memiliki kredit yang cukup, atau dana yang cukup untuk perbelanjaan kad kredit dan cek yang telah dan akan dikeluarkannya.

DPP: Begitu banyak bukti Najib seleweng wang

11.27 pagi: Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berhujah bahawa pendakwaan mengemukakan begitu banyak bukti untuk menunjukkan Najib Razak menyelewengkan RM42 juta daripada SRC untuk kegunaan sendiri.

V Sithambaram berkata, ketika perbicaraan SRC, pemeriksaan balas yang dibuat pasukan pembelaan terhadap saksi pendakwaan gagal untuk secara serius mencabar hujah bahawa wang tersebut memang dimasukkan ke akaun Najib di Ambank, dan gunakannya untuk manfaat sendiri.

11.17 pagi: Prosiding bersambung.

10.53 pagi: Mahkamah mengarahkan prosiding ditangguhkan untuk rehat sekejap.

DPP: Najib tak buat aduan isu RM42 juta masuk dalam akaun

10.42 pagi: Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram membangkitkan yang Najib Razak tidak pernah mengadu kepada mana-mana bank berhubung transaksi salah berjumlah RM42 juta, ke akaun banknya.

Sithambaram berkata sebaliknya Najib langsung tiada masalah untuk menggunakan wang itu.


Najib tamatkan khidmat peguam dari firma Zaid Ibrahim

9.38 pagi: Peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada mahkamah bahawa Najib Razak telah menamatkan khidmat pasukan peguam barunya.

Peguam yang ditamatkan khidmat adalah daripada firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.

Namun Hisyam kekal sebagai peguam bekas perdana menteri itu.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat kemudian mengarahkan prosiding untuk diteruskan.

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram kemudian meneruskan penghujahan lisannya.

Prosiding bersambung

9.36 pagi: Prosiding rayuan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan bermula.

Masuk hari keempat prosiding, ada persoalan sama ada Najib dapat memberikan penghujahan balas yang baik untuk mengetepikan tujuh sabitan terhadapnya.

Ia selepas panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menafikan permohonan peguam, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Najib, semalam.

Ketika sidang media semalam, Najib mendakwa dia seperti tiada perwakilan undang-undang apabila pasukan pembelaan barunya tidak dibenarkan untuk menangguhkan pendengaran agar mereka ada masa untuk membuat persediaan.

Ketika hari pertama dan kedua pendengaran, pada Isnin dan Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan menolak dua permohonan Najib – untuk mengemukakan bukti baru dan untuk menangguhkan rayuan utama kepada tiga atau empat bulan.

Pada hari ketiga prosiding dapat memberi tumpuan kepada rayuan utama Najib, iaitu mengetepikan sabitan bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serte membatalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Lain-lain hakim dalam panel itu terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan peguam agar ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

Selain bekas perdana menteri dan menteri kewangan, dia juga pernah menjadi penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori