Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hebat Sangat Ke Punggung...

APA la hebat sangat punggung Kim Kardashian ni sampai ada yang sanggup berhabisan...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan.Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman...

Bahaya!! Video Lucah Muncul...

Mesti anda pernah melihat rakan anda atau anda sendiri secara tiba-tiba membuat satu...

Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Kabinet...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama...

Demam Tomato Jangkiti 82 Kanak-Kanak Di Kerala

NEW DELHI : Doktor di India melahirkan kebimbangan mengenai penemuan virus baharu yang digelar ‘demam tomato’ yang menjangkiti puluhan kanak-kanak di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jangkitan itu dikesan sejak Mei lalu, di selatan Kerala dan dikhuatiri sebagai varian baharu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut.

Sehingga kini, seramai 82 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dikesan mempunyai demam tomato dan 26 mangsa lain berusia sehingga 10 tahun berisiko dijangkiti.

Semua kanak-kanak tersebut yang disahkan menghidap demam tomato pada mulanya negatif bagi demam denggi, chikungunya, virus zika, virus varicella-zoster dan herpes.

Jangkitan itu mendapat nama tersebut kerana berpunca dari demam menyebabkan lepuh merah yang menyakitkan di seluruh badan pesakit dan kemudian menggelembung menjadi sebesar saiz tomato secara beransur-ansur.

Difahamkan, kebanyakan pesakit juga mengalami demam panas dan sakit sendi yang teruk, keletihan serta cirit-birit.

“Demam ini sangat mudah berjangkit dan boleh merebak ke populasi dewasa jika wabak semasa tidak dikawal. Wabak ini muncul ketika dunia sedang bergelut dengan cacar monyet.


“Kanak-kanak lebih berisiko terdedah kepada demam tomato kerana jangkitan virus adalah perkara biasa dalam kumpulan umur ini serta penyebarannya melalui hubungan rapat.

“Mereka juga terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin, menyentuh permukaan tidak bersih serta memasukkan sebarang benda terus ke dalam mulut,” kata pakar perubatan menerusi jurnal perubatan The Lancet.

Buat masa sekarang tiada ujian atau rawatan khusus menangani virus tersebut.

Pakar perubatan berkata, semua pesakit perlu diasingkan selama lima hingga tujuh hari dari permulaan simptom dan diarahkan berehat, minum banyak cecair dan mengambil paracetamol.

Virus itu pertama kali dikesan di Kollam, timur Kerala 6 Mei lalu, dan kes terakhir dilaporkan pada 26 Julai.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori