Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

K’jaan Tiada Hasrat Tarik...

PARLIMEN l Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kelulusan berkaitan...

Belia Orang Asli Disaran...

SHAH ALAM – Belia Orang Asli disaran mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam...

Isteriku Pengidap Paranoid Schizophrenia…

MEMPUNYAI ahli keluarga yang mengalami masalah mental bukanlah satu perkara mudah untuk diuruskan,...

Bazar Ramadan Lorong TAR...

KUALA LUMPUR - Bazar ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan...

Dua Syarikat Gagal Bayar SST Petroleum Berdepan Tindakan Undang-Undang

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap dua syarikat minyak dan gas yang gagal membayar cukai jualan negeri (SST) bagi penjualan produk petroleum.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dua anak syarikat Hibiscus Petroleum Bhd yang gagal menjelaskan bayaran SST itu ialah Repsol Oil & Gas Ltd (Respol) dan SEA Hibiscus Sdn bhd (SEAH).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, memandangkan kedua-dua syarikat itu gagal mematuhi notis arahan yang dikeluarkan maka, kerajaan akan meneruskan tindakan mengikut Perlembagaan dan bidang kuasa negeri yang ada.

“Setakat ini, kita tidak mempunyai masalah mengutip pembayaran cukai daripada syarikat-syarikat lain.

“Namun, jika semua syarikat membayar SST bagi produk petroleum, kita mampu mengutip sehingga RM1.2 bilion setahun,” katanya selepas merasmikan program jelajah Industri Perhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) semalam.

Menurut beliau, isu kutipan SST itu akan dikendalikan oleh kerajaan negeri bersama dengan Petronas.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai lalu, Masidi memaklumkan notis telah dikeluarkan kepada kedua-dua syarikat itu pada 21 Jun lalu bagi mengarahkan mereka menjelaskan bayaran SST bernilai RM97.31 juta.


Bayaran itu meliputi RM65.65 juta cukai tertunggak dan denda berjumlah RM31.66 juta.

Kedua-dua syarikat itu sepatutnya menjelaskan bayaran SST pada 21 Julai lalu seperti diarahkan melalui notis yang dikeluarkan oleh pengarah SST Sabah.

Jelas beliau, antara tindakan yang boleh diambil termasuk membatalkan permit agar syarikat-syarikat itu tidak boleh meneruskan operasi di Sabah.

Masidi, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, ketika ini terdapat 369 syarikat minyak dan gas beroperasi di Sabah namun, sebahagiannya tidak lagi aktif.

“Pada masa ini, Sabah masih kekurangan tenaga kerja bagi peringkat pertengahan hingga rendah. Namun, jika ada orang Sabah yang mampu mengisi kekosongan kerja itu maka, utamakan orang Sabah,” katanya.

Tambahnya, industri hiliran minyak dan gas di Sabah perlu dibangunkan bagi membolehkan industri itu terus berkembang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori