Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

3,000 Jawatan Kosong Di...

KUALA TERENGGANU - Terdapat kira-kira 3,000 jawatan kosong yang ditawarkan pada Karnival Jom...

Pertemuan Mahathir, Anwar Bermotifkan...

GUA MUSANG - Pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya,...

FAMA Peruntuk RM1.5 Juta...

MELAKA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperuntukkan RM1.5 juta untuk disalurkan kepada...

Lelaki Janji Potong ‘Anu’...

Tak pasti hendak klasifikasikan tindakan individu ini sebagai berani atau secara mutlaknya, bodoh!...

Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat KEMAS Naik Kepada RM800 Sebulan

SERDANG : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat (PPM) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kepada RM800 sebulan berbanding RM500 sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenaikan elaun itu membabitkan seramai 9,439 PPM.

“Kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar bantuan sara hidup ahli Persatuan Bekas Anggota KEMAS (PBKAM) daripada RM300 kepada RM500.


“Bagi program digitalisasi di 800 Tabika KEMAS seluruh negara pula, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori