Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sejam Kejar Suspek Curi...

BESUT - Polis Besut mengambil masa kira-kira sejam mengejar dua suspek yang disyaki...

Taylor Swift Berpacaran Dengan...

TAK serik-serik mencari cinta sejati, megastar antarabangsa Taylor Swift kini dilaporkan bercinta dengan aktor British...

80 Pelajar Kolej Komuniti...

JELEBU - Seramai 80 pelajar Kolej Komuniti menyertai Program Back To Start (BaTS)...

Fazura Tak Rasa Dirinya...

TAK tahulah nak percaya atau tidak tapi inilah kenyataan yang dibuat oleh pelakon...

Empat Kritikal Disambar Kilat

WASHINGTON: Seramai empat individu kritikal akibat mengalami kecederaan selepas disambar kilat berdekatan White House.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor BBC, ketika kejadian, dua lelaki dan wanita berada di Lafayette Park di Washington sebelum kilat sabung-menyabung dan menyambar mereka.

Kilat tersebut menyambar sebuah pokok berdekatan bangku yang mengelilingi kompleks White House.

Disebabkan taman tersebut berada dekat dengan pejabat Presiden, anggota perkhidmatan rahsia antara pasukan terawal menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti lagi.


“Kesemua empat mangsa berada dalam keadaan kritikal dan boleh mengancam nyawa mereka.

“Kami memberikan rawatan segera dan memindahkan kesemua mangsa ke hospital berdekatan,” kata Jabatan DC dan EMS.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan sebab sebenar mereka berada di kawasan itu sebelum disambar kilat.

Disebabkan kejadian itu, taman tersebut masih ditutup kepada orang awam dan pasukan kecemasan mengawal lokasi tersebut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori