Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Kalau Tiada Angin Masakan...

PAS menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Hina Bugis: DAP Tuntut...

ISU Tun Dr. Mahathir Mohamad hina suku kaum Bugis sebagai lanun bukan sahaja...

APMM Tahan 14 Bot...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur telah menahan sebanyak 14...

MAXIS Tawarkan Rebat RM5...

MAXIS telah memperkenalkan sokongan pembelian aplikasi menggunakan kredit prabayar atau pascabayar sebelum ini. Kini...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 5 Sen

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen kepada paras RM4.35 seliter berbanding RM4.40 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 24 Ogos ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.


Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori