Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Pelawa Apple Buka...

CUPERTINO, California - Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia berminat untuk bekerja lebih...

Waze Perkenal Fungsi Baharu,...

SALAH sebuah aplikasi navigasi popular dunia, Waze sering memudahkan pengguna lalu lintas mengetahui...

Filem ‘Rise: Ini Kalilah’...

GEORGE TOWN - Filem "Rise: Ini Kalilah" yang bertemakan perpaduan dan berinspirasikan pilhan...

RMS Kekal Terajui FAS

KUALA LUMPUR - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah...

Harga Siling Ayam Pada RM9.40 Sekilogram Diteruskan

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 sekilogram, kata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ikuti Mynewshub: Telegram
Beliau berkata, persetujuan yang dicapai secara sebulat suara oleh Jemaah Menteri dua hari lepas turut menyaksikan harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.

“Perincian lanjut berhubung keputusan meneruskan penetapan harga siling bagi ayam standard di seluruh negara akan diumumkan secara lebih lanjut dalam pasca mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi esok,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi di sini, pada Ahad.

Pada 30 Julai lepas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof dilaporkan berkata, mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di semenanjung mungkin tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos memandangkan bekalannya didapati semakin stabil hari demi hari.


Harga pasaran ayam bulat sekarang berada di bawah siling malah terdapat penjual menawarkan harga serendah RM6.99 sekilogram.

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling ayam standard serta kebenaran mengeksport selepas 31 Ogos ini.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori