Sebilangan masyarakat di luar negara memiliki stigma terhadap mereka yang enggan membayar cukai pendapatan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Mereka itu dianggap sebagai penipu malah sehingga ke tahap dianggap sebagai pembelot kepada masyarakat dan negara.
Masyarakat sedemikian amat sensitif tentang kepentingan percukaian kepada masa depan negara.
Mereka tahu cukai pendapatan adalah eleman yang sangat penting, maka perlakuan pengelat cukai dilabelkan sebagai terkutuk.
Buat masa ini stigma masyarakat Malaysia tidak terlihat seperti itu, namun tahap kesedaran tentang kepentingan cukai semakin meningkat.
Pada tahun lalu laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDNM) telah dilawati sebanyak 26,883,232 kali oleh orang ramai.
Ini menunjukkan walaupun tidak terlihat secara harfiah, bahawa masyarakat Malaysia mengambil peduli tentang urusan percukaian.
Laman web LHDNM dilawati 26,883,232 kali berbanding jumlah 32 juta rakyat Malaysia adalah perbandingan yang menarik.
Ini juga menunjukkan bahawa pelbagai inisiatif oleh LHDNM bagi meningkatkan kesedaran anggota masyarakat amat progresif.
Termasuk program libat urus melibatkan aspek kesedaran pada peringkat di punca iaitu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)
Antaranya HASiL Your Tax Buddy (HYTB) yang melibat urus pelajar dalam “Building Sustainable Future Together”
Melalui HYTB, pelajar dilantik sebagai Duta HYTB merupakan rakan kongsi bersama LHDNM dalam edaran informasi percukaian dalam kalangan pelajar.
HYTB bertujuan menerapkan nilai kebertanggungjawab dalam pembangunan negara dan seterusnya memupuk pematuhan cukai secara sukarela.
Begitu juga bagi mencapai objektif mewujudkan kesedaran awal dalam kalangan generasi belia tentang kepentingan cukai terhadap pembangunan negara.
Aktiviti yang dijalankan semasa HYTB termasuk Taklimat Percukaian, Hasil Taxplorace, Hasil Tiktok Challenge dan Pelantikan Duta Hasil.
Langkah yang bijak menyasarkan kesedaran dalam kalangan belia khususnya pelajar IPT yang akan menjadi pembayar cukai selepas tamat pengajian.
-Mynewshub