Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Sedia ‘Masuk’ BN...

GURUN - UMNO bersedia memasuki 'payung besar' Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam...

Sabah Sumbang RM6 Juta...

TUARAN - Sumbangan kerajaan negeri Sabah sebanyak RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia...

Video: “Kau Yang Salah,...

TULAR menerusi media sosial video seorang lelaki yang berlagak samseng cuba mengancam dan...

Istiadat Pertabalan Sultan Perak...

KUALA KANGSAR - Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah XXXV hari ini,...

Indonesia Pertimbang Kurangkan Subsidi Ibadah Haji

JAKARTA – Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas mengumumkan bakal menlakukan kajian menyeluruh mengenai kos subsidi ibadah haji bagi jemaah Indonesia, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perbincangan berhubung jumlah subsidi kos haji akan dibincangkan oleh pasukan petugas yang terdiri daripada wakil Kementerian Agama bersama Kementerian Haji dan Umrah di Arab Saudi.

“Kita akan berbincang tentang subsidi haji yang lebih sesuai untuk musim akan datang, ” kata Yaqut.

Penilaian semula kos subsidi dibuat apabila sesetentah pihak beranggapan pemberian subsidi kos haji oleh pemerintah kepada jemaah haji dianggap terlalu tinggi.

Menurut Yaqut, terdapat ketetapan bahawa jemaah yang terpilih mesti mampu menanggung semua perbelanjaan yang dituntut semasa ibadah haji.


“Pembiayaan haji ini ada syaratnya, yang pada hemat saya yang harus menjadi pertimbangan utama iaitu syarat istiqoah atau kemampuan jemaah dalam melaksanakan ibadah ke Arab Saudi,” jelas Yaqut. .

Sebelum ini, Naib Presiden, Ma’ruf Amin meminta Badan Pengurusan Kewangan Haji (BPKH) memperkemaskan pengurusan ibadah haji.

Jurucakap Naib Presiden, Masduki Baidlowi mendedahkan pada mesyuarat itu bahawa subsidi BPKH untuk kos haji setakat ini agak besar iaitu mencecah 60 peratus daripada jumlah kos haji.

“Sebab masalah utama ketika ini, kos haji bersubsidi sudah sangat besar. Buat masa sekarang, jemaah hanya membayar sekitar 40 juta rupiah (RM12,049) daripada kos pembiayaan penuh sebanyak 100 juta rupiah (RM30,128),” kata Masduki dalam keterangan bertulis.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori