Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Berkas 11 Lelaki...

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan,...

Daripada Cari Salah, Lebih...

JOHOR BAHRU - Umat Islam disarankan melakukan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa...

Pemuda PAS Beri Amaran,...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Khairil Nizam Khirudin...

Peserta Terjun Tapak, Maut...

PUTRAJAYA - Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan...

Indonesia Sahkan Kes Cacar Monyet Pertama

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan satu kes positif cacar monyet di Jakarta yang melibatkan seorang pesakit berusia 27 tahun, lapor laman berita Suara, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap kementerian berkenaan, Mohammad Syahril berkata, pesakit tersebut baru-baru ini melancong ke luar negara dan mula mengalami simptom demam pada 14 Ogos lepas.

“Hari ini (Sabtu) ada seorang yang disahkan positif cacar monyet dari Jakarta, lelaki berusia 27 tahun yang baru mendapat laporan ujian tindak balas rantaian polimerase transkripsi balikan (PCR) pada malam Jumaat,” kata Mohammad Syahril.

Selain demam, pesakit juga mengalami bengkak kelenjar di leher serta ruam di tangan, kaki, leher, muka dan di bahagian kemaluan.

“Buat masa ini keadaan pesakit dalam keadaan baik. Jika dalam istilah Covid-19, jangkitannya ringan yang tidak memerlukan rawatan lanjut serta hanya perlu kuarantin di rumah,” sambung Mohammad Syahril.


Kes cacar monyet yang disahkan itu adalah kes ke-23 yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Indonesia.

Sebelum ini, sebanyak 22 kes yang disyaki telah disahkan negatif menerusi ujian PCR.

“Pejabat Kesihatan Jakarta telah melaksanakan pengawasan terhadap kontak rapat pesakit bagi mengesan sama ada mereka turut dijangkiti,” jelas Mohammad Syahril.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori