Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu dengan Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Tidak pasti sama ada perkara itu benar, namun setakat ini tiada ulasan oleh pihak Ismail Sabri berhubung dakwaan tersebut.
Perkembangan itu namun amat menarik untuk disaksikan andai benar kerana sudah tentu ramai mahu melihat apa akan berlaku seterusnya.
Sebelum ini Mahathir pernah memperdaya Anwar dengan berjanji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya selepas dua tahun.
Bagaimanapun selepas dua tahun Mahathir bertindak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri menyebabkan kerajaan PH tumbang.
Akhirnya sebuah kerajaan baharu dibentuk oleh ‘Trojan Horse’ Mahathir iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar kekal bukan Perdana Menteri.
Justeru, jika benar wujud perjanjian antara Ismail Sabri dan Mahathir maka amat menarik apakah nasib yang sama bakal menimpa Ismail Sabri.
Atau adakah Ismail Sabri mampu memastikan Mahathir mematuhi apa sahaja perjanjian yang barangkali antara mereka apabila tiba masanya.
Seperti kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa rekod Mahathir rekod lidah bercabang.
-Mynewshub