Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Nga Tak Perlu ‘Bersilat’...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata Pengerusi...

Rancangan Culik Berskala Besar...

LAHAD DATU - Rancangan untuk menculik warga asing secara besar-besaran dari pusat peranginan...

Ronaldo Dapat But Baharu...

MADRID - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo diumumkan menerima but baharu dengan memakai edisi...

TVET Teras Lahir Tenaga...

KUALA LUMPUR - Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) berperanan penting bagi melahirkan...

Isu LCS: Pemimpin Politik Tuduh BN Perlu Mohon Maaf

Pemimpin politik khususnya pembangkang perlu memohon maaf kerana menuduh Umno terbabit dengan penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Komunikasi Pemuda Umno, Syed Mohd Johan Rizal, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akhir menjelaskan tiada salah guna kuasa kerajaan dalam pembinaan kapal itu.

“Cuma dikesali kenyataan PAC itu agak lambat kerana setelah dua minggu isu itu dipolitikan dan beberapa pemimpin Umno dimangsakan oleh musuh politik, baru PAC muncul menjelaskan fitnah.

“Fitnah telah bermaharaja lela dan kebenaran tiba akhirnya juga. Tetapi kerosakan imej tetap juga telah berlaku.

“Pembangkang seperti DAP, Pejuang, PKR, Muda telah menggunakan isu LCS memainkan sentimen kononya wujud rasuah beberapa pemimpin Umno. Dan paling dikesali Ketua Pemuda PAS yang berada bersama dalam kerajaan juga terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, pemberhentian projek LCS bukan disebabkan arahan pemberhentian kerja oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).


Sebaliknya, pemberhentian projek pembinaan LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disebabkan syarikat bertanggungjawab, Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd (BNS) sudah ‘kehabisan duit’ untuk melaksanakannya.

Mengulas lanjut, Syed Mohd Johan berkata pendedahan PAC membuktikan kempen jahat pembangkang terbukti tidak benar.

Katanya, kenyataan PAC secara bahawa kerajaan BN tidak terlibat sebarang kesalahan guna kuasa, rasuah mahupun penyelewengan.

“Mereka yang mengadu domba, membuat fitnah kononya pemimpin Umno melakukan salah laku haris tampil mohon maaf kepada pemimpin berkenaan dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori